Page 8 - Mac 2019
P. 8

Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0



        Peringkat Kebangsaan 2019




                 alam usaha meningkatkan kesedaran
                 awam terhadap bahaya penyakit denggi,
                 pada 9 Mac 2019 yang lalu, YB Datuk Seri
       DDr.  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri  Kesihatan
        Malaysia telah turun padang bersama-sama
        komuniti PPR Seri  Alam serta pasukan COMBI
        Penduduk  Seri  Alam  2,  Dewan  Bandaraya  Kuala
        Lumpur melancarkan program “Gotong-Royong
        Mega  Perangi  Aedes  Peringkat  Kebangsaan
        2019”.  Program anjuran bersama Kementerian
        Kesihatan Malaysia (KKM) dengan penglibatan
        tujuh kementerian dan pelbagai agensi lain
        melalui Pasukan Petugas Khas Denggi Peringkat
        Kementerian bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai
        murni masyarakat terhadap kebersihan persekitaran
        menerusi penglibatan secara bersama dalam aktiviti
        pemusnahan tempat pembiakan  Aedes susulan
        peningkatan kes denggi yang dicatatkan mutakhir ini.









                                                               Selaras dengan itu, program gotong-royong
                                                               peringkat negeri juga dilaksanakan secara serentak
                                                               di 12 negeri pada hari tersebut dan sebanyak
                                                               140 daerah akan melaksanakan gotong-royong
                                                               ini diperingkat daerah sepanjang bulan Mac ini.



        05  E-BULETIN KKM EDISi mac 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13