Page 12 - Mac 2019
P. 12

Program Kampungku Sihat


                         Peringkat Parlimen Kuala Selangor



                 ada 31  Mac 2019 yang lalu, YB Datuk Seri
                 Dr.  Dzulkefly  Ahmad,  Menteri  Kesihatan
                 Malaysia (YBMK) telah menyempurnakan
       PProgram Kampungku  Sihat peringkat
        Parlimen  Kuala  Selangor  bertempat di Dewan
        Orang Ramai Kampung Bukit Kuching  Tengah,
        Jeram. Program Kampungku Sihat merupakan
        satu manifestasi  terbaik  Kementerian  Kesihatan
        Malaysia (KKM) dalam memerangi Penyakit Tidak
        Berjangkit (NCD) selain ia menterjemahkan aspek-
        aspek utama dalam bidang kesihatan iaitu aspek
        proaktif,  preventif, promotif dan prediktif. Melalui
        program ini,  saringan kesihatan dilakukan  dalam
        kalangan  komuniti bagi mengesan  tanda-tanda
        awal penyakit tidak berjangkit. Seramai 550 pelatih
        Institut Latihan KKM akan bergerak dari rumah ke
        rumah untuk mengadakan saringan kesihatan asas
        kepada penduduk. Hadir sama, Ketua Setiausaha
        Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato’ Seri
        Dr. Chen Chaw Min (KSU) dan Pengarah Kesihatan
        Selangor, YBhg. Datuk Dr.Khalid Ibrahim.







                                                                 Dalam aktiviti ini,  YB  Datuk Seri Dr.  telah
                                                                 mengucapkan  tahniah dan syabas kepada
                                                                 warga KKM, pelatih-pelatih ILKKM, Pusat
                                                                 Khidmat Kuala Selangor  serta semua yang
                                                                 terlibat dalam usaha menyemaikan kesedaran
                                                                 dengan  menjalankan  saringan  kesihatan
                                                                 bermula daripada diri kita sendiri, keluarga
                                                                 dan masyarakat.






        09  E-BULETIN KKM EDISi mac 2019
   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17