MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA KABINET AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS)

4 Mac 2024- YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) sebagai satu agenda kerajaan untuk memastikan kesejahteraan kesihatan rakyat Malaysia.

Pada 15 Jun 2023, Parlimen telah meluluskan Kertas Putih Kesihatan yang merupakan dokumen pelan reformasi kesihatan negara. Kertas Putih Kesihatan mencadangkan aspirasi dan matlamat sistem kesihatan negara ke arah negara yang sihat melalui peralihan paradigma daripada 'sick care' kepada 'health care' dan 'wellness'. Inisiatif ANMS yang dilaksanakan adalah bagi memastikan rakyat untuk kekal sihat atau kembali sihat selaras dengan Pelan Reformasi tersebut.

Terdapat 3 kertas pertimbangan telah dibincangkan, iaitu pelaksanaan Putrajaya Sihat

Sejahtera di bawah Inisiatif Nasional Malaysia Sihat (ANMS) menjelang 2030, Pemberian Geran Pasukan MyCHAMPION di bawah ANMS dan Laporan Pencapaian Inisiatif ANMS.

Timbalan Perdana Menteri berharap agar ANMS berupaya membentuk rakyat negara ini dalam membudayakan cara hidup sihat sebagai benteng utama dalam mencegah pelbagai penyakit dan seterusnya mengekalkan kesejahteraan kesihatan sesuai dengan hasrat kerajaan sebagaimana terkandung dalam Konsep Malaysia Madani.

Turut hadir bersama barisan Pengurusan Tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Norhayati binti Rusli (Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) dan Puan Suraiya binti Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-03-05 10:38:00 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page