26 September 2023- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan diri ke ibu pejabat KKM di Putrajaya.
Beliau turut mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan dan juga YB Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan.
Seluruh warga kerja KKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi Tahniah dan Selamat Datang kepada YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang selaku KSU KKM yang baru.
Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal).
Kemaskini pada 2023-10-03 12:16:30 daripada UKK Norhanita