MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS BERBUKA PUASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 2022


15 April - YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Dalam majlis tersebut, YB Khairy Jamaluddin  bersama YB Dato’ Haji Dr. Noor Azmi Bin Ghazali, Timbalan Menteri Kesihatan I serta  YB Datuk Aaron Ago Dagang, Timbalan Menteri Kesihatan II telah meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada seramai 137 orang yang terdiri daripada warga Ibu Pejabat KKM yang bergelar ibu/ bapa tunggal, Pegawai Kurang Upaya (OKU), saudara baru (mualaf) dan warga kerja KKM yang berpendapatan rendah bersama pasangan dan anak-anak .


Turut hadir bersama ialah YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan.
Semoga sumbangan dan bantuan ini dapat membawa keceriaan dan meringankan beban mereka sepanjang bulan Ramadan serta sebagai persediaan menyambut bulan Syawal.

 

  image image

 


Kemaskini pada 2022-04-18 00:09:17 daripada BPM Nora

  •  
  • Print
  • Email this page