MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat Mengambil Makanan Dengan Betul

image

 

Piramid Makanan Malaysia 2020 – Mendidik Rakyat Mengambil Makanan Dengan Betul

 

Piramid Makanan Malaysia memberi panduan kepada kita dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang perlu diambil setiap hari mengikut kumpulan makanan. Terdapat 4 aras dalam Piramid Makanan Malaysia, di mana bilangan kumpulan makanan paling banyak yang perlu di ambil diletakkan pada dasar piramid.

 

Selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memperkenalkan Piramid Makanan Malaysia 2020, yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010. Antara perubahan besar dalam Piramid Makanan Malaysia 2020 adalah:

 

  1. Kumpulan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan diletakkan pada dasar piramid, berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 yang meletakkan makanan sumber karbohidrat (nasi, mee, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian). Ini bermakna sayur-sayuran dan buah-buahan perlu diambil dengan jumlah yang paling banyak berbanding kumpulan makanan lain, iaitu sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran dan 2 sajian buah-buahan setiap hari. Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral yang penting dalam meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit.  

 

  1. Piramid Makanan Malaysia 2020 menyarankan julat peratus pengambilan karbohidrat yang lebih rendah iaitu 50-65% berbanding Piramid Makanan Malaysia 2010 iaitu 55-75%. Piramid Makanan Malaysia 2020 ini juga menekankan saranan pengambilan sumber karbohidrat kompleks dan tinggi serat seperti beras perang, roti bijirin penuh, oat dan jagung.

 

  1. Saranan pengambilan 6-8 gelas air kosong sehari turut ditambah pada ilustrasi Piramid Makanan Malaysia 2020. Pengambilan air yang mencukupi dapat memastikan badan kita sentiasa terhidrat bagi menjaga kesihatan terutama di musim pandemik Covid-19 ini.

 

Penggunaan Piramid Makanan Malaysia 2020 ini diharap dapat membantu rakyat Malaysia mengamalkan pemakanan sihat pada setiap hari bagi memastikan kesihatan kita sentiasa terjaga dan terhindar daripada jangkitan penyakit, di samping mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti obesiti, diabetes dah hipertensi. 

 

Disediakan oleh:

Bahagian Pemakanan

Kementerian Kesihatan Malaysia

28 Januari 2020


Kemaskini pada 2023-06-26 12:17:50 daripada MSBA

  •  
  • Print
  • Email this page