13 Mac 2025- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KKM bagi bulan Mac 2025 di Dewan Serbaguna, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada majlis kali ini, sebanyak tiga (3) sesi penyampaian hadiah telah diadakan iaitu Sesi Penyampaian Anugerah Cabaran Langkah Sihat Peringkat Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia yang diadakan bermula 1 Februari dan berakhir 28 Februari 2025.
Bagi anugerah ini, untuk kategori S telah dimenangi oleh Program Kewangan, Kategori M dimenangi Pejabat Menteri dan KSU manakala Kategori L pula oleh Program Kesihatan Awam. Bahagian Pendidikan Kesihatan telah menggondol kategori Program Paling Aktif berdasarkan peratus penyertaan anggota dan mata tertinggi, manakala Bahagian Pemakanan pula memenangi Kategori Kumpulan Paling Aktif di mana kesemua ahli berjaya mencapai 10,000 langkah setiap hari. Bagi Juara Keseluruhan pula dimenangi oleh Program Perkhidmatan Farmasi dan berjaya membawa pulang piala pusingan YB Menteri Kesihatan.
Seterusnya YB Menteri menyampaikan Sijil Pengiktirafan Klinik Kesihatan Best Practice Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja (PKMR) kepada 14 Jabatan Kesihatan Negeri dan YB Menteri turut terlibat dalam Sesi Penyampaian Hadiah Cabaran KOSPEN Kurangkan Gula: Kasi Kurang Kaww Kaww!!! Bagi Kawasan Sepang, Selangor. Para pemenang menerima sejumlah wang tunai atas kejayaan mereka menurunkan berat badan.
Hadir sama YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KKM dan YBhg Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2025-03-14 09:20:05 daripada UKK Norhanita