Jenis tender | TERBUKA |
---|---|
Kategori perolehan | BEKALAN |
Tajuk tender | Tawaran Pembekalan Perkhidmatan Ujian HbA1c Di Semua Klinik Kesihatan Dan Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia. No. Tender : X0251010304130022 |
Kod bidang | 060101 DAN 060501 |
No. Jadual | T/P & P 25/2013 |
Harga Dokumen (RM) | |
Tarikh Iklan | |
Tarikh Tutup | 28-03-2013 04:00:00 |
Kelayakan kontraktor | Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 060101 DAN 060501 |
Penerangan |
Secara ePerolehan Telecenter: Kaunter Tender Dan Sebut Harga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA No. Telefon : 03-8883 3022 03-8883 2964
Dokumen Tender boleh disemak di alamat seperti di atas semasa waktu pejabat mulai 4 Mac 2013 (Isnin) atau dengan melayari www.eperolehan.com.my.
ISNIN – KHAMIS - 8.00 PAGI - 1.00 PETANG - 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
JUMAAT - 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI - 2.45 PETANG - 4.00 PETANG
Pembekal yang ingin menyertai tender ini mestilah ePerolehan enabled. Nombor Rujukan yang dijana oleh sistem ePerolehan boleh diperolehi di Kaunter Telecenter di alamat dan no. Telefon seperti di atas mulai 4 Mac 2013 (Isnin) dengan hanya perlu membawa No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia atau Salinan Sijil Pendaftaran untuk pengesahan pendaftaran.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan dan cadangan ini perlu dikemukakan secara manual pada atau sebelum 28 Mac 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Semua dokumen sokongan tender (seperti katalog, profil syarikat dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis No. Rujukan Unik yang dijana oleh sistem ePerolehan. Sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender beralamat seperti di atas pada atau sebelum 28 Mac 2013 (Khamis), jam 12.00 tengah hari. Tawaran yang lewat tidak akan diterima.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan hanya sekali bayaran (one-time payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan pada kadar sebanyak 0.8% dengan had maksimum RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih;
Atau
Setiap transaksi bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) melalui sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak 0.4% dengan had maksimum RM4,800 bagi pesanan bernilai RM1.2 juta atau lebih.
*Yang mana berkenaan
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran |
Dokumen boleh diperolehi di:
Bahagian Perolehan dan Penswastaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
pada waktu pejabat seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 1.00 PETANG
2.00 PTG - 4.00 PETANG
JUMAAT
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
2.45 PTG - 4.00 PETANG