Jenis tender | TERBUKA |
---|---|
Kategori perolehan | BEKALAN |
Tajuk tender | Tawaran Pembekalan Pantoprazole 40 MG Injection No. Tender : X0251010304120038 |
Kod bidang | 050202 |
No. Jadual | 42/2012 |
Harga Dokumen (RM) | |
Tarikh Iklan | |
Tarikh Tutup | 26-07-2012 04:00:00 |
Kelayakan kontraktor | Pembekal-pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia |
Penerangan | Secara ePerolehan
Telecenter: Kaunter Tender Dan Sebut Harga, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 7, Blok E7, Kompleks E, Presint 1, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 PUTRAJAYA No. Telefon : 03-8883 3208 03-8883 2964
Dokumen Tender boleh disemak di alamat seperti di atas semasa waktu pejabat mulai 3 Julai 2012 (Selasa) selepas tarikh taklimat atau dengan melayari www.eperolehan.com.my ISNIN – KHAMIS - 8.00 PAGI - 1.00 PETANG - 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
JUMAAT - 8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI - 2.45 PETANG - 4.00 PETANG Pembekal yang ingin menyertai tender ini mestilah ePerolehan enabled. Nombor Rujukan yang dijana oleh sistem ePerolehan boleh diperolehi di Kaunter Telecenter di alamat dan no. Telefon seperti di atas pada 3 Julai 2012 (Selasa) dengan Hanya Perlu Membawa No. Pendaftaran Dengan Kementerian Kewangan Malaysia Atau Salinan Sijil Pendaftaran Untuk Pengesahan Pendaftaran.
Cadangan Teknikal dan Cadangan Kewangan yang lengkap hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan dan cadangan ini perlu dikemukakan secara manual PADA ATAU SEBELUM 26 JULAI 2012 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI. Semua dokumen sokongan tender (seperti katalog, profil syarikat dan lain-lain) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertulis No. Rujukan Unik yang dijana oleh sistem ePerolehan. Sampul surat tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender beralamat seperti di atas PADA ATAU SEBELUM 26 JULAI 2012 (KHAMIS) JAM 12.00 TENGAH HARI. Tawaran yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah ataupun sebarang tawaran.
Syarikat/Firma/Koperasi/Pemilikan Tunggal* hendaklah mengambil perhatian bahawa setiap transaksi melalui Sistem ePerolehan akan dikenakan fi perkhidmatan sebanyak kosong perpuluhan lapan peratus (0.8%) mengikut setiap nilai invois yang dikemukakan kepada Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600.00 (Ringgit Malaysia: Sembilan Ribu Enam Ratus Sahaja) bagi inovis yang bernilai RM1.2 juta (Ringgit Malaysia: Satu Juta Dua Ratus Ribu Sahaja) atau lebih.
*Yang mana berkenaan
Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran | |
Lampiran |
Dokumen boleh diperolehi di:
Bahagian Perolehan dan Penswastaan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 7, Blok E7, Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya.
pada waktu pejabat seperti berikut:
ISNIN - KHAMIS
8.00 PAGI - 1.00 PETANG
2.00 PTG - 4.00 PETANG
JUMAAT
8.00 PAGI - 12.00 TENGAH HARI
2.45 PTG - 4.00 PETANG