MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Situasi Terkini Pemantauan Makanan Dari Negara Jepun
Penerangan

JATA.gif 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

 SITUASI TERKINI PEMANTAUAN MAKANAN DARI NEGARA JEPUN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum akan perkembangan terkini mengenai beberapa siri letupan loji tenaga nuklear di Jepun akibat dari bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara berkenaan pada 11 Mac 2011 yang berkemungkinan menyebabkan pembebasan bahan radioaktif ke persekitaran.

 

Kehadiran bahan radioaktif yang berlebihan boleh menyebabkan kanser dalam jangkamasa panjang. 

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan  Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan-Uji-Lepas terhadap produk makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Sampel-sampel makanan tersebut diambil di Pintu Masuk untuk ujian pencemaran bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Konsaimen makanan tersebut akan dilepaskan sekiranya sampel makanan mematuhi tahap radioaktif yang dibenarkan berdasarkan standard yang ditetapkan oleh Codex Alimentarius Commission.

 

Walau bagaimanapun, berkuatkuasa 15 April 2011, KKM akan mengenakan keperluan Sijil Radioaktif (Certificate of Radioactivity) yang dikeluarkan oleh Competent Authority negara Jepun ke atas semua makanan yang diimport dari Jepun sebagai jaminan keselamatan makanan. Di samping ini, KKM akan terus menjalankan pemantauan.

 

KKM akan mendapat kerjasama agensi yang berkenaan seperti Agensi Nuklear Malaysia di bawah Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri, pihak pengimport, agen penghantaran dan lain-lain dalam memastikan keselamatan makanan import dari Jepun.

 

 

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

16 Mac 2011


Ditambah pada 16-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran