MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Tiada Keperluan Untuk Mengharamkan Serta-Merta Penjualan Botol Susu Bayi Polikarbonat
Penerangan

JATA.gif 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

 

TIADA KEPERLUAN UNTUK MENGHARAMKAN SERTA-MERTA PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

 

Merujuk kepada gesaan pihak tertentu supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengharamkan serta-merta penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi Bisphenol A (BPA), berikut adalah penjelasan kepada rasional tindakan yang diambil KKM untuk makluman semua pihak:

 

a) Tindakan pengharaman yang diambil adalah sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh yang menunjukkan bahawa botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah merbahaya kepada kesihatan bayi dan kanak-kanak. Buat masa ini, masih terdapat kekangan dan ketidakpastian dalam kajian saintifik berkaitan keselamatan BPA yang dijalankan oleh badan antarabangsa dan pelbagai agensi di seluruh dunia termasuk Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan European Food Safety Authority (EFSA).
   
b) Pendekatan yang diambil oleh KKM juga selaras dengan tindakan beberapa buah negara maju seperti Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat dan yang terkini adalah Kesatuan Eropah. Walau pun masih terdapat banyak negara di dunia yang tidak mengambil apa-apa tindakan berhubung perkara ini.
   
c) Selaras dengan tindakan negara lain seperti Kesatuan Eropah, tempoh masa peralihan selama satu tahun diberi kepada semua pihak yang terlibat termasuk pengguna dan industri.
   
d) Dalam tempoh peralihan ini, kerajaan yang prihatin dengan kesihatan dan kesejahteraan rakyatnya, melalui KKM telah berkongsi maklumat dengan orang awam melalui kenyataan akhbar, poster dan risalah di mana bimbingan diberi mengenai cara mengenal pasti botol susu bayi polikarbonat dan cara penggunaan yang betul mengikut saranan KKM untuk mencegah risiko perpindahan BPA daripada botol susu bayi polikarbonat.
   
e) Dalam nasihat yang diberikan, orang awam juga terutama ibu bapa turut diberi pilihan untuk menukar terus penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA jika mereka mampu berbuat demikian.
   
f) Dalam masa peralihan ini juga, pihak industri boleh menarik balik produk terbabit di pasaran serta perlu membuat persediaan bagi mematuhi keperluan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa pada 1 Mac 2012.
   

KKM amat prihatin dengan isu keselamatan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA dan ingin menegaskan bahawa KKM tidak akan kompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. KKM telah memantau perkembangan isu tersebut di peringkat antarabangsa sejak tahun 2001 dan pelbagai kajian telah dijalankan di dalam negara. Rundingan secara menyeluruh juga telah diadakan di antara semua pihak berkaitan termasuk pihak kerajaan, pihak penyelidik, Persatuan Pengguna dan pihak industri sebelum ini bagi membuat keputusan yang terbaik untuk melindungi kesihatan kumpulan berisiko tinggi iaitu bayi dan kanak-kanak.

 

Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/ 88833653/88833655 atau melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

 

 

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

19 MAC 2011

 

 


Ditambah pada 22-03-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran