MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Dua (2) Peniaga Didenda RM20,000 Kerana Menjual Rokok Dibawah Harga Minimun Dan Tanpa Amaran Kesihatan Bergambar
Penerangan
 JATA.gif

 

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
  DIRECTOR GENERAL OF HEALTH  MALAYSIA

Kementerian  Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya

Tel       :603-8883 2545
Faks    :603-8889 5542
E-mail :ismailmerican@moh.gov.my


 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

Dua (2) Peniaga didenda RM20,000 kerana menjual rokok dibawah harga minimun dan tanpa amaran kesihatan bergambar

 

1.      Dua (2) Peniaga didenda RM 20,000 oleh Mahkamah Majistret Butterworth kerana masing-masing telah melakukan 2 kesalahan. Kesalahan pertama kerana menjual 18 hingga 24 jenis rokok tanpa amaran kesihatan bergambar pada  5 Februari 2010 di pasar awam Kepala Batas, Seberang Perai Utara dan 3 Februari  2010 di Permatang Sintok Penaga, Butterworth. Kesalahan kedua adalah kerana menjual di bawah harga minimum rokok pada tarikh dan tempat yang sama. Bagi kesalahan pertama, mereka didenda RM3,000 dan RM7,000 bagi kesalahan kedua setiap seorang.

 

2.      Kementerian Kesihatan Malaysia akan meneruskan operasi penguatkuasaan  PPKHT peringkat kebangsaan secara bertema ini dari masa ke semasa bagi meningkatkan kesedaran golongan perokok dan para peniaga rokok.  Para perokok perlu mematuhi hak orang lain yang tidak merokok terutamanya di tempat-tempat yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan merokok manakala para peniaga menjual rokok mengikut undang-undang.

 

3.      Dari Januari hingga Ogos 2010, sebanyak 35,972 premis diperiksa oleh penguatkuasa kesihatan awam dengan 12,899 notis kesalahan telah dikeluarkan, meningkat 59% berbanding tempoh yang sama tahun 2009 (8,107). Jumlah kompaun yang dikeluarkan juga meningkat 63% iaitu 7,450 berbanding tempoh sama 2009 (4,560). Sebanyak 4,411 kes telah didaftar di mahkamah. Dari jumlah tersebut,  489 didenda dengan nilai berjumlah RM 121,460.00. Sehingga hari ini 705 jenama rokok dirampas kerana telah melanggar undang-undang dengan nilai pasaran RM 31,375.00.

 

4.      Sesiapa yang ingin membuat laporan tentang kesalahan merokok boleh menghubungi talian Infoline KKM 03-88834400 atau mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran.

 

Terima kasih.

 

 

TAN SRI DATO’ SERI DR. HAJI MOHD ISMAIL MERICAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Ditambah pada 28-11-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran