Tajuk | Bayaran Tuntutan Upah Jahit Dan Pembelian Kasut |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAYARAN TUNTUTAN UPAH JAHIT DAN PEMBELIAN KASUT Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil perhatian serius berhubung dengan tuntutan palsu upah jahit dan pembelian kasut yang dibangkitkan oleh pihak audit. Bagi tujuan ini, Kementerian telah mengedarkan Surat Edaran Bahagian Akaun Bil. 5 Tahun 2013 mengenai Garis Panduan Urusan Pembayaran Balik Upah Jahit Pakaian Seragam/Pembelian Kasut Bagi Warga KKM untuk memastikan tuntutan upah jahit pakaian seragam dan pembelian kasut dibuat dengan teratur dan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Semua maklumat seperti nombor resit, tarikh resit, nama pembekal, alamat pembekal dan nombor telefon pembekal perlu dikemukakan dengan lengkap sebelum bayaran boleh dibuat.
Beberapa sesi penerangan dan taklimat kepada warga KKM mengenai kadar yang layak untuk dituntut oleh mereka telah pun diadakan. Selain itu, Kementerian juga telah mengambil tindakan menuntut balik jumlah tuntutan upah jahit dan pembelian kasut yang meragukan daripada pegawai yang berkenaan.
DATUK FARIDA MOHD ALI
Kenyataan akhbar lengkap sila rujuk Lampiran |
Ditambah pada | 03-10-2013 |