MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Di Antara Kementerian Kesihatan Dan Novartis Corporation (M) Sdn Bhd
Penerangan

 

 Jata

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

BERSEMPENA DENGAN MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN

DI ANTARA KEMENTERIAN KESIHATAN DAN NOVARTIS CORPORATION (M) SDN BHD

12 JUN 2012

 

 

 

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia dan Novartis (M) Sdn Bhd, telah mencapai persetujuan untuk menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi tujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang farmaseutikal. Novartis adalah sebuah syarikat farmaseutikal multinational yang berpengkalan di Basel, Switzerland dengan jualan sebanyak USD58.6 billion pada tahun 2011 dan ahli penuh kepada European Federation of Pharmaceutical Industries and Associations (EFPIA) dan International Federation of Pharmaceutical Manufacturers and Associations (IFPMA).  
  2.  

  3. MoU ini akan memfokuskan kepada 4 bidang kerjasama utama iaitu, Pertama : membina keupayaan teknikal, Kedua : mempromosikan penyelidikan klinikal, Ketiga : memudahcara (facilitate) serta kebolehcapaian terhadap ubat inovatif dan generic dan Keempat : sokongan bagi syarikat permulaan berkaitan dengan penjagaan kesihatan menerusi Novartis Venture Fund. Di bawah setiap bidang kerjasama, inisiatif dan projek khusus akan diterokai dan dinilaikan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan Novartis untuk dilaksanakan pada masa hadapan.
  4.  

  5. Kerjasama ini adalah selari dengan usaha Kerajaan melalui pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) di mana bidang penjagaan kesihatan merupakan salah satu bidang yang akan melonjakkan pendapatan Negara. NKEA Penjagaan Kesihatan di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) mensasarkan pertumbuhan sebanyak RM42.2 billion (USD13.6 billion) yang akan menjana lebih dari 260,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020.
  6.  

  7. Perjanjian persefahaman ini merupakan salah satu daripada inisiatif-inisiatif bahawa Kerajaan adalah komited untuk bekerjasama dengan pihak penyedia perkhidmatan kesihatan dan ini adalah satu titik tolak (landmark) dalam menjalinkan kerjasama seterusnya dengan pihak-pihak lain demi bersama-sama menjayakan program yang dirangka oleh Kerajaan bagi kebaikan Negara.

 

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN

12 JUN 2012

Ditambah pada 19-06-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran