MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Pendaftaran Produk Tradisional Pao Ni Kang Dibatalkan
Penerangan

KENYATAAN AKHBAR

PENDAFTARAN PRODUK TRADISIONAL PAO NI KANG DIBATALKAN

 

PaoNiKang.gif

 

  1. Orang awam dinasihatkan untuk mengelak dari membeli dan mengguna produk tradisional Pao Ni Kang dengan nombor pendaftaran MAL20033586T berikutan pembatalan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana dikesan  mengandungi racun berjadual repaglinide. Pemegang pendaftaran bagi produk ini ialah High Mean (M) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur dan pengilangnya ialah Shitek Micro Algae Sdn. Bhd., Selangor. Indikasi yang tertera pada label produk adalah digunakan secara tradisional untuk menambah tenaga dan untuk perpeluhan.


  2. Repaglinide adalah ubat terkawal untuk rawatan penyakit diabetes dan ianya adalah tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.  Ubat repaglinide hanya boleh dibekal oleh doktor atau  ahli farmasi. Penggunaan repaglinide tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan advers serius seperti hipoglisemia (penurunan mendadak paras gula). Antara simptom hipoglisemia adalah pening, menggigil, berpeluh, keliru dan lesu. Hipoglisemia yang teruk boleh menyebabkan berlakunya sawan, tidak sedarkan diri atau koma. Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produk ini diguna oleh orang awam dan juga pesakit diabetes yang sedang menerima rawatan.


  3. Pengguna dinasihatkan untuk  berhenti menggunakan produk Pao Ni Kang dengan serta-merta dan mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-78835546/8545 atau email kepada bpfk@bpfk.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.


  4. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaan produk-produk ini dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

 

 

DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Pengerusi PBKD

Kementerian Kesihatan Malaysia

Ditambah pada 19-01-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran