MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Jus Oren Di Amerika Syarikat Yang Dikesan Mengandungi Residu Racun Kulat (Fungicide) Carbendazim
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

 

ISU JUS OREN DI AMERIKA SYARIKAT YANG DIKESAN MENGANDUNGI RESIDU RACUN KULAT (FUNGICIDE) CARBENDAZIM

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada akhbar Associated Press bertajuk “Coke Fungicide Prompts Test of Minute Maid and Simply Orange Juicespada 13 Januari 2012. Laporan tersebut adalah mengenai tindakan pihak  Coca-Cola Co. di Atlanta, Amerika Syarikat yang telah memaklumkan pihak berkuasa di negara berkenaan mengenai pengesanan residu Carbendazim, sejenis racun kulat (fungicide) dalam jus oren keluaran syarikat berkenaan dan juga syarikat pesaing pada paras 35 parts per billion (ppb).

 

Menurut laporan tersebut, pati jus oren yang digunakan dalam produk terlibat adalah dari Brazil. Carbendazim adalah tidak dibenarkan dalam buah citrus (termasuk oren) dan jus oren di Amerika Syarikat tetapi ia dibenarkan di Brazil untuk mengawal kulat atau spora kulat dalam tanaman buah oren.

 

Berpandukan penilaian risiko yang dijalankan oleh pihak Environmental Protection Agency (EPA) Amerika Syarikat, residu Carbendazim dalam jus oren sehingga paras 80 ppb tidak memudaratkan kesihatan.

 

 

Berdasarkan Jadual Keenam Belas, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Carbendazim tidak dibenarkan dalam pati jus oren.

 

Melalui data import daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia - FoSIM) pada tahun 2010 sehingga kini, tiada buah oren dari Brazil yang diimport ke negara ini. Walau bagaimanapun, sejumlah 2,775 tan metrik pati jus oren bernilai kira-kira RM15 juta telah diimport dari Brazil ke negara ini dalam tempoh berkenaan.

 

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM akan memantau  semua pati jus oren yang diimport dari Brazil melalui FoSIM bagi memastikan pematuhan terhadap Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

 

KKM ingin memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna sentiasa terjamin.

 

 

Y.B. Datuk Rosnah Shirlin binti Haji Abdul Rashid Shirlin

Timbalan Menteri Kesihatan 

 

13 Januari 2012

Ditambah pada 15-01-2012 04:00:00

Lampiran-lampiran