MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Penarikan Balik Produk Rumusan Bayi Enfamil Keluaran Syarikat Mead Johnson Di Amerika Syarikat
Penerangan

 

JATA.gif

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

 

ISU PENARIKAN BALIK PRODUK RUMUSAN BAYI ENFAMIL KELUARAN SYARIKAT MEAD JOHNSON DI AMERIKA SYARIKAT

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan daripada laman sesawang http://www.reuters.com dan http://www,thestar.com.my berkaitan kematian seorang bayi di Missouri, Amerika Syarikat yang disyaki berpunca daripada pengambilan produk rumusan bayi Enfamil keluaran syarikat Mead Johnson yang dicemari  dengan bakteria Cronobacter. Akibat daripada kejadian ini, pasaraya Wal-Mart telah menarik balik produk terlibat dengan nombor lot ZP1K7G ( tin 12.5-ounce ) daripada pasaran Amerika Syarikat.

 

Berdasarkan maklumbalas daripada pihak syarikat Mead Johnson Malaysia, produk terlibat tidak diimport ke negara ini. Ini juga telah disahkan melalui maklumat yang diperolehi daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia - FoSIM).

 

Walau bagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga, KKM telah mengenakan tindakan Pemeriksaan Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) di bawah FoSIM terhadap produk rumusan bayi Enfamil dari negara Amerika Syarikat, sekiranya diimport.

 

Sehubungan dengan itu, pengguna tidak perlu khuatir akan isu ini memandangkan produk rumusan bayi berkenaan tidak diimport ke Malaysia. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh membuat laporan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web http://fsq.moh.gov.my/v3.

 


DATO' SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN

KETUA PENGARAH KESIHATAN

23 Disember 2011

Ditambah pada 22-12-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran