Tajuk | Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan - Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Oktober, 2011 |
---|---|
Penerangan | KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN OKTOBER, 2011 ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Oktober, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.
1). Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1233 kompaun yang bernilai RM 554,649.00 telah dikeluarkan dengan purata RM 449.83 tiap kompaun. Sejumlah 179 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah, dan dalam masa yang sama sebanyak 31 kes telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 8,400.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM 270.96 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun 2011 keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 11,589 yang bernilai RM 5,053,079.00. Sejumlah 1,593 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 441 kes telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah di mana sejumlah RM 189,614.00 denda telah dikenakan.
2). Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 4,888 lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,193 kompaun bernilai RM 266,210.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM223.14 tiap kompaun. Manakala bagi tempoh Januari sehingga Oktober tahun 2011, daripada 53,196 lawatan pemeriksaan, sejumlah 10,850 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM2,470,705.00.
Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ SRI DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 21 November 2011 |
Ditambah pada | 23-11-2011 04:00:00 |