Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan September 2011 |
---|---|
Penerangan | KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN SEPTEMBER, 2011 ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam demi kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan September, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.
1). Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 932 kompaun yang bernilai RM 425,150.00 telah dikeluarkan dengan purata RM 456.16 tiap kompaun. Sejumlah 202 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah, dan dalam masa yang sama sebanyak 62 kes telah disabitkan kesalahan dimana sejumlah RM 21,750.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM 350.86 tiap denda. Manakala bagi tempoh Januari sehingga September tahun 2011 keseluruhan kompaun yang dikeluarkan adalah sejumlah 10,265 yang bernilai RM 4,388,590.00. Sejumlah 1,414 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan dalam masa yang sama 412 kes telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah di mana sejumlah RM 181,214.00 denda telah dikenakan.
2). Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 4,081 lawatan pemeriksaan, sejumlah 894 kompaun bernilai RM 222,530.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM248.91 tiap kompaun. Manakala bagi tempoh Januari sehingga September tahun 2011, daripada 48,308 lawatan pemeriksaan, sejumlah 9,657 kompaun telah dikeluarkan bernilai RM2,204,495.00.
Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 18 Oktober 2011 |
Ditambah pada | 20-10-2011 04:00:00 |