MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Skim Tawaran Penukaran Foil Penutup Dalaman Paket Rokok Dengan Kerusi Roda, Rokok Percuma, Tunai Atau Lain-Lain Hadiah Yang Melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004
Penerangan

 JATA.gif 

 

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Skim Tawaran Penukaran Foil Penutup Dalaman Paket Rokok Dengan Kerusi Roda, Rokok Percuma, Tunai Atau Lain-Lain Hadiah Yang Melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

 

 

Semenjak awal tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menerima banyak aduan berkenaan terdapatnya syarikat rokok yang menganjurkan skim tawaran kepada orang ramai agar mengumpul foil penutup dalaman paket rokok, untuk ditukarkan dengan hadiah-hadiah seperti kerusi roda, rokok percuma, wang tunai atau hadiah-hadiah lain.

 

Kementerian Kesihatan memandang serius terhadap kegiatan ini dan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 telah pun MELARANG sebarang kegiatan tajaan atau tawaran hadiah bagi mempromosikan suatu hasil tembakau. Pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan tersebut samada sebagai pemberi tajaan atau penerima tawaran adalah melanggar undang-undang dan boleh dikenakan tindakan mahkamah. Mana-mana orang yang disabitkan dengan kesalahan ini boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

 

Kementerian kesihatan memberi amaran keras kepada syarikat rokok atau agen mereka agar tidak menjalankan aktiviti yang melanggar undang-undang seperti ini dan orang ramai adalah juga dinasihatkan agar tidak mengambil bahagian di dalam kegiatan sedemikian.

 

Kementerian Kesihatan merayu kepada orang ramai untuk menghubungi No. 03-8883 4400 atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran sekiranya anda ingin melaporkan aduan terhadap mana-mana orang yang terlibat di dalam aktiviti yang dilarang ini.

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

18  Ogos 2011

 

Ditambah pada 18-08-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran