MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Isu Khinzir Mati Di Tanjung Sepat Yang Digunakan Untuk Menghasilkan Makanan
Penerangan

JATA.gif


KENYATAAN AKHBAR
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

?

ISU KHINZIR MATI DI TANJUNG SEPAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN MAKANAN

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan media oleh NTV 7 yang disiarkan di dalam Edisi Siasat Mandarin berkaitan isu khinzir yang telah mati di Tanjung Sepat, Selangor yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.

 

Berita berkenaan melaporkan, bahawa penternak khinzir tersebut telah menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej daging, daging salai, dim sum dan pau.

 

KKM memandang serius terhadap perkara ini. KKM sedang menjalankan siasatan berkenaan isu ini.

 

Jika KKM mendapati isu ini berasas, maka tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13A, Akta Makanan 1983.  Seksyen 13A memperuntukkan larangan penyediaan atau penjualan makanan yang mengandungi binatang atau sayuran yang berpenyakit, kotor, reput atau bangar, apa-apa bahagian binatang yang tidak sesuai untuk dijadikan makanan dan hasil binatang yang sudah mati selain kerana disembelih atau sebagai binatang buruan. Mana-mana orang yang melanggar seksyen tersebut adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau penjara tidak melebihi lapan tahun atau kedua-duanya.

 

KKM memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai perkara ini supaya dapat tampil untuk memberikan maklumat agar dapat membantu siasatan. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM iaitu http://fsq.moh.gov.my atau melalui email fsq-division@moh.gov.my.

 

KKM tidak akan berkompromi berkaitan isu keselamatan makanan dan berharap orang ramai tidak khuatir dengan makanan yang ada di pasaran kerana KKM sentiasa memantau tahap keselamatan makanan yang dijual.

 

 

 

PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI  MAKANAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

13 Mei 2011

Ditambah pada 12-05-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran