MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Keempat Belas Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
Penerangan

image

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENYATAAN AKHBAR KEEMPAT BELAS

 

 

STATUS   TERKINI    PEMANTAUAN   PENCEMARAN  DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE        (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM MAKANAN IMPORT DARI TAIWAN  

 

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.

 

Susulan daripada keputusan analisis yang mendapati produk grape concentrate dan strawberry syrup yang dibekalkan oleh syarikat CZC Bubble Tea Supplies tercemar dengan DEHP, KKM telah menjalankan analisis ke atas 16 lagi produk makanan keluaran Taiwan yang dibekalkan oleh syarikat tersebut seperti di Lampiran 1 dan mendapati kesemua produk makanan tersebut tidak mengandungi DEHP.

 

KKM ingin menegaskan supaya semua pihak yang terlibat dalam industri makanan untuk meningkatkan kawalan keselamatan makanan dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan produk makanan yang dijual di negara ini adalah selamat. Pada masa yang sama, KKM akan terus memantau makanan yang diimport dari Taiwan.

 

Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my  atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.

 

 

Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

24 JUN 2011

 

 

Lampiran 1

 

SENARAI PRODUK TAIWAN YANG DIBEKALKAN OELH CZC BUBBLE TEA SUPPLIER YANG DISYAKI DAN DIDAPATI TIDAK TERCEMAR

 

1.      Mango Fruit Jam

2.      Passion Fruit Jam

3.      Kiwi Jam

4.      Coconut Sherbet Green Apple

5.      Coconut Sherbet Grape

6.      Coconut Sherbet 3Q

7.      Lemon Syrup

8.      Passion Syrup

9.      Lychee Syrup

10.    Honey Peach Syrup

11.    Black Tea

12.    Red Clum Syrup

13.    Pineapple Syrup

14.    Super Orange Syrup

15.    Blueberry Syrup

16.    Super Camelo Syrup

Ditambah pada 26-06-2011 04:00:00

Lampiran-lampiran