Tajuk | Kenyataan Akhbar Keenam Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KENYATAAN AKHBAR KEENAM
STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.
Sebanyak enam (6) lagi produk makanan keluaran Taiwan bagi kategori makanan yang disyaki tercemar telah dianalisis dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 1. Di samping itu, KKM juga menjalankan pemantauan ke atas produk makanan kategori lain keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia dan disahkan tidak mengandungi DEHP seperti di Lampiran 2.
Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.
Maklumat lanjut termasuk senarai produk makanan keluaran Taiwan terlibat boleh didapati di laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my. Orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653.
NORAINI BINTI DATO’ MOHD. OTHMAN PENGARAH KANAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 6 JUN 2011
LAMPIRAN 1
PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI YANG DISYAKI* DAN DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP
6 Jun 2011 * Nota : Kategori yang disyaki ialah sports drinks, minuman jus, jem, jeli, yogurt dan clouding agent (sejenis aditif makanan)
LAMPIRAN 2
PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN BAGI KATEGORI LAIN YANG DISAHKAN TIDAK TERCEMAR OLEH DEHP
6 Jun 2011 |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ditambah pada | 05-06-2011 04:00:00 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||