Tajuk | Kenyataan Akhbar Keempat- Status Semasa Pemantauan Pencemaran DI (2-ETHYLHEXYL) PHTHALATE (DEHP) Dan DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan | |||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Penerangan |
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KENYATAAN AKHBAR KEEMPAT
STATUS SEMASA PEMANTAUAN PENCEMARAN di (2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) DAN DI-ISONONYL PHTHALATE (DINP) DALAM makanan IMPORT dari TAIWAN
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini mengenai pemantauan makanan import dari Taiwan yang dicemari oleh DEHP.
Senarai produk makanan keluaran Taiwan yang disahkan tidak mengandungi DEHP adalah seperti di Lampiran 1. KKM dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan ke atas produk makanan keluaran Taiwan yang diimport ke Malaysia.
Sehubungan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut.
Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my
Y.B. DATO’ SRI LIOW TIONG LAI MENTERI KESIHATAN MALAYSIA 3 JUN 2011
LAMPIRAN 1
PRODUK MAKANAN KELUARAN TAIWAN YANG DIANALISA DAN DIDAPATI TIDAK TERCEMAR DEHP
|
|||||||||||||||
Ditambah pada | 02-06-2011 04:00:00 | |||||||||||||||