MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia : Situasi Kejadian Selsema Burung Atau Avian Influenza A (H7N9) Di China
Penerangan

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

SITUASI KEJADIAN SELSEMA BURUNG ATAU AVIAN INFLUENZA A (H7N9) DI CHINA

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkembangan situasi kejadian selsema burung (bird flu) atau avian influenza A(H7N9) yang melibatkan manusia di China. Jangkitan selsema burung A(H7N9) pertama di China telah disahkan pada 29 Mac 2013.

 

Seperti Avian Influenza A(H5N1), selsema burung A(H7N9) adalah penyakit selsema yang berlaku di kalangan unggas. Secara umumnya, jangkitan selsema burung A(H7N9) atau Avian Influenza A(H7N9) dari unggas kepada manusia hanya boleh berlaku jika bersentuhan dengan unggas yang telah dijangkiti dengan virus selsema burung tersebut.

 

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sehingga 25 April 2013 mengesahkan terdapat 109 kes dengan 22 kematian disebabkan selsema burung A(H7N9) di kalangan manusia dilaporkan di Beijing, Shanghai, Anhui, Henan, Jiangsu, Shandong, Zhejiang di China dan satu (1) kes import dilaporkan dari Taiwan. Siasatan juga mendapati tiada hubungkait secara epidemiologi (epidemiological link) di antara kesemua kes tersebut.

 

KKM juga ingin memaklumkan mengenai (1) kes selsema burung A(H7N9) yang melibatkan seorang lelaki berumur 53 tahun yang dikesan di Taiwan. Kes ini merupakan kes import kerana kes tersebut telah berada di Suzhou, Jiangsu, China dari 28 Mac 2013 sehingga 9 April 2013 untuk urusan kerja.

 

Punca jangkitan (source of infection) dan cara jangkitan (mode of transmission) kejadian selsema burung A(H7N9) di China masih belum dikenalpasti. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan penyakit selsema burung A(H7N9) boleh ditularkan dari manusia kepada manusia dan tiada vaksin untuk selsema burung A(H7N9).

 

Sebagai langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan berlakunya kejadian selsema burung A(H7N9) di negara ini, KKM telah mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya termasuk meneruskan saringan suhu di semua Pintu Masuk Antarabangsa, meningkatkan pemantauan terhadap kejadian Influenza Like Illness (ILI) di seluruh negara. Di samping itu, KKM juga telah meningkatkan keupayaan pihak hospital untuk menerima dan merawat kes disyaki serta keupayaan pihak makmal untuk menjalankan ujian pengesahan juga telah ditingkatkan. Pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh juga telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan makmal rujukan WHO dan Centers for Disease Control and Prevention (CDC) Atlanta, Amerika Syarikat.

Buat masa ini, WHO tidak mengeluarkan sebarang nasihat perjalanan (Travel advisory) atau mengeluarkan sebarang larangan lawatan ke negara China. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang awam agar :

a) Mengelakkan mengunjungi pasar yang menjual unggas hidup bila mengunjungi negara-negara yang terlibat dengan jangkitan avian influenza.

b) Mereka yang pulang dari China dengan gejala pernafasan dinasihatkan untuk memakai topeng muka (mask) dan segera mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan sejarah perjalanan mereka kepada doktor.

c) Tidak memegang unggas yang ditemui mati tanpa alat perlindungan diri dan hendaklah melaporkan kejadian kematian unggas yang luar biasa ke Pejabat Veterinar yang terdekat.

d) Bagi penternak dan pengusaha ladang unggas hendaklah sentiasa patuh kepada nasihat dan panduan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

e) Selalu mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau sanitizer, terutamanya selepas batuk dan bersin. 4

f) Mendapatkan rawatan di klinik yang berhampiran dengan segera apabila mendapat gejala ILI, terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan pengendalian unggas.

g) Melaporkan sebarang kejadian kluster ILI kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

 

KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan dari WHO akan dimaklumkan dari masa ke semasa. KKM akan terus berhubung dengan WHO untuk memantau situasi terkini selsema burung A(H7N9) dan mengambil langkah pencegahan dan kawalan yang disarankan. KKM juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam pemantauan selsema burung A(H7N9) di kalangan unggas.

 

Situasi semasa kejadian selsema burung A(H7N9) juga boleh didapati dalam facebook Ketua Pengarah Kesihatan melalui carian nama ‘Hisham Abdullah’.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

26 April 2013

Ditambah pada 25-04-2013 04:00:00