Page 20 - Galeri Foto
P. 20
13 Mei 2019:
Lawatan Kerja YB Menteri Kesihatan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
Beliau menekankan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh HTAR iaitu Lean Healthcare di mana ia merupakan sebuah pendekatan bagi menangani kecekapan
dan mengurangkan kesesakan dalam wad.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada HTAR di atas pembukaan Kompleks Rawatan Ibu dan Bayi (KRIBA) yang telah mula beroperasi sejak Mac lalu.
Menurutnya kapasiti KRIBA belum dapat dijalankan secara optimum kerana kekangan sumber manusia terutama dalam kalangan jururawat dan penolong
pegawai perubatan. Ia akan dijalankan secara berfasa dan dijangka akan dapat beroperasi sepenuhnya pada tahun 2020. Beliau berpendapat pembangunan
infrastruktur seharusnya selari dengan sistem sokongan. Dalam pada itu, beliau mengumumkan seramai 57 jururawat baharu telah berdaftar hari ini untuk
HTAR.