Page 4 - Galeri Foto
P. 4

5 Mac 2019:



                                     Majlis Promosi Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit)




  YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menyempurnakan Majlis Promosi Perkhidmatan Berhenti Merokok (mQuit)
  sempena Pewartaan Tempat Makan Sebagai Tempat Dilarang Merokok bertempat di Hotel Dorsett Putrajaya.

  Perkhidmatan berhenti merokok mQuit merupakan satu penjenamaan semula perkhidmatan berhenti merokok yang dikendalikan secara usaha sama di
  antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan rakan kongsi yang terdiri daripada universiti tempatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan syarikat-
  syarikat swasta. Perkhidmatan ini telah diperluaskan bukan sahaja di fasiliti awam seperti klinik kesihatan dan hospital malahan di fasiliti-fasiliti swasta
  termasuk rangkaian farmasi komuniti, hospital dan klinik swasta melalui pemberian akreditasi mQuit oleh pihak Kementerian Kesihatan. Sehingga kini,
  perkhidmatan berhenti merokok ditawarkan di 731 klinik kesihatan, 46 hospital kerajaan dan 164 fasiliti swasta yang telah diberikan akreditasi.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9