Page 18 - Galeri Foto
P. 18

9 Mac 2019:



                                       Gotong Royong Perangi AEDES Peringkat Kebangsaan



  YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah hadir dan menyampaikan ucapan pelancaran "Gotong Royong Perangi AEDES Peringkat
  Kebangsaan" pada 9 Mac 2019 (Sabtu) di Projek Perumahan Rakyat Seri Alam, Cheras, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah YBhg Dato' Seri Dr Chen Chaw Min,
  Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
  Bagi Peringkat Kebangsaan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - Putrajaya
  menjadi tuan rumah untuk kempen Gotong-Royong Mega Perangi Aedes. Program gotong-royong peringkat negeri juga dilaksanakan serentak di 12 negeri
  pada hari ini. Selain itu sebanyak 140 daerah juga melaksanakan gotong-royong ini diperingkat daerah sepanjang bulan Mac ini.


  Memandangkan kes dan kematian Denggi sedang meningkat pada tahun ini, setiap individu dan masyarakat perlu melindungi diri dan keluarga dari jangkitan
  Denggi. Iaitu dengan memastikan persekitaran mereka bersih dan bebas dari bekas pembiakan Aedes. Jangkitan Denggi boleh membunuh 45% mangsa
  dalam tempoh lima (5) hari selepas mengalami gejala.
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23