Page 38 - Galeri Foto
P. 38
17 Julai 2019:
Lawatan Mengejut Menteri Kesihatan ke HKL
“Hari ini saya sendiri turun dan melakukan lawatan mengejut ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur bagi melihat sendiri situasi dan perjalanan harian
di Jabatan Kecemasan HKL.Terima Kasih kepada Dr Mahathar Ketua Jabatan Kecemasan HKL dan Dr Herric Coray Pengarah HKL atas penerangan yang
diberikan tentang operasi harian di Jabatan Kecemasan HKL dan hospital lain di seluruh Malaysia.”
“Satu cabaran besar kepada saya untuk memastikan kekangan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan dapat ditangani dengan berkesan. Syabas dan
tahniah saya ucapkan kepada warga Kementerian Kesihatan seluruhnya atas komitmen yang tinggi dalam menggalas tanggjawab. You guys are the unsung
hero!” – YB Menteri Kesihatan