Page 6 - Ogos 2019
P. 6

Malaysia Health & Wellness Brand Awards


       P         rogram  Malaysia Health & Wellness


                 Brand Awards merupakan kerjasama
                              Kementerian
                                                Kesihatan
                 diantara
                 Malaysia dengan Sin Chew Daily dan
        Life Magazine. Anugerah tersebut diwujudkan
        untuk menghargai pencapaian sektor kesihatan
        ke arah memberi penjagaan berkualiti dengan
        nilai yang lebih baik untuk komuniti. Pada 29
        Ogos 2019  yang  lalu,  YBhg.  Dato’  Seri Dr.
        Chen Chaw Min, KSU KKM telah merasmikan
        Malaysia Health & Wellness Brand Awards di
        Ibu  Pejabat  KKM.  Menurut YBhg.  Dato’  Seri,
        penjagaan kesihatan diri yang terbaik adalah
        hasil daripada pilihan makanan yang berkualiti
        dan berkhasiat pada setiap hari. Kementerian
        juga akan membantu peniaga dalam industri
        kesihatan mempromosikan dan memasarkan
        produk mereka ke peringkat antarabangsa.
        Penganjuran program berkaitan kesihatan
        seperti  ini  perlu  dipergiatkan  lagi  oleh
        lebih ramai pemain industri dalam usaha
        mewujudkan negara berpenduduk sihat.




















          03 E-BULETIN KKM EDISi OGOS 2019
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11