Page 16 - Ogos 2019
P. 16

PROGRAM KAMPUNGKU SIHAT PARLIMEN


                                     KUALA TERENGGANU





                 ada  24  Ogos  2019  yang  lalu  Menteri
                 Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly
                 Ahmad  telah  merasmikan  Program
       PKampungku Sihat Parlimen Kuala
        Terengganu dan Bulan Kebangsaan Peringkat
        Jabatan  Kesihatan  Terengganu.  Turut  sama
        hadir  YBM Senator Dato’ Raja Kamarul
        Bahrin  Shah  bin  Raja  Ahmad,  Timbalan
        Menteri Perumahan dan Kerajaan  Tempatan.
        Sempena Pelancaran Program Kampungku
        Sihat  Peringkat  Parlimen  Kuala  Terengganu,
        KKM membawakan para pelatih dari Institut
        Latihan KKM bersama-sama dengan anggota di
        bawah seliaan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala
        Terengganu bagi mengadakan saringan dan
        konsultasi kesihatan asas dari rumah ke rumah
        di kawasan tersebut. Khidmat nasihat yang
        diberikan  ialah  saringan  hipertensi,  diabetis
        serta  memberikan  khidmat  nasihat  berkaitan
        penjagaan kesihatan diri. Pada masa kini dalam
        usaha  untuk  mengawal  peningkatan  penyakit
        NCDs, kerajaan telah mengadakan inisiatif Skim
        Peduli Kesihatan (PeKa B40) di mana mereka
        yang layak menyertai skim ini adalah penerima
        Bantuan  Sara  Hidup  yang  berumur  40  tahun
        ke atas. Program Kampungku Sihat, Parlimen
        Kuala  Terengganu ini merupakan penganjuran
        kali keenam selepas dilancarkan oleh  YAB
        Perdana Menteri di Langkawi pada Februari lalu.
        Destinasi lain adalah Kuala Selangor, Pagoh,
        Port Dickson dan Temerloh.




          13 E-BULETIN KKM EDISi OGOS 2019
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21