Page 18 - E Buletin Nov 2019
P. 18

MAJLIS PECAH TANAH NAIK TARAF
        KLINIK DESA BEBULOH


                  B Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr.
                  Dzulkefly  Ahmad  telah  mengadakan
                  lawatan kerja rasmi ke Klinik Desa
        YBebuloh di Labuan pada 4 November
        2019.  Tujuan Lawatan tersebut diadakan
        bersempena dengan perasmian Majlis Pecah
        Tanah Naik Taraf Klinik Desa Bebuloh kepada
        Klinik Kesihatan Bebuloh yang akan memulakan
        pembinaannya  pada  tahun  2020  dan  dijangka
        siap dalam tempoh 2 tahun iaitu tahun 2022.
        Dalam masa yang sama, YB Menteri Kesihatan
        turut merasmikan Majlis Pecah Tanah di tapak
        projek yang dibina dengan keluasan tanah
        4.06 ekar yang menempatkan Bangunan Klinik
        Kesihatan (Jenis 5) dan 16 unit kuarters kelas
        F  (town  house)  yang  terletak  di  Kg.  Bebuloh,
        Labuan. Pembinaan dan pembangunan klinik
        ini pasti memberikan manfaat dan kegembiraan
        kepada      penduduk      sekitar    di   samping
        memberikan rawatan yang lebih selesa dan
        kondusif kepada lebih 23,000 populasi di
        sekitar Kg. Bebuloh yang merupakan salah satu
        kawasan perancangan di negeri Labuan untuk
        dibangunkan.








          15 E-BULETIN KKM EDISi November 2019
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22