Page 24 - Julai 2019
P. 24

Lawatan Kerja Ketua



        Setiausaha KKM


        ke Hospital Duchess of Kent,


        Sabah





                  Bhg. Dato’ Seri Dr. Chen Chaw Min,
                  Ketua      Setiausaha      Kementerian
                  Kesihatan Malaysia telah mengadakan
        Ylawatan kerja  ke Hospital Duchess of
        Kent (HDOK), Sandakan. HDOK merupakan
        hospital kerajaan berpakar di Sabah pada
        8  Julai  2019  yang  lalu.  Lawatan  ini  turut
        disertai oleh  YB Datuk Frankie Poon Ming
        Fung,  Menteri  Kesihatan dan Kesejahteraan
        Rakyat Sabah dan pihak pengurusan di KKM.
        Lawatan ke HDOK Sandakan ini diadakan
        adalah bertujuan untuk meninjau keadaan dan
        mengenalpasti keperluan semasa hospital
        yang perlu diberikan perhatian segera oleh
        pengurusan KKM. HDOK Sandakan mempunyai
        400 buah katil dan merupakan hospital rujukan
        bagi hospital-hospital dan fasiliti kesihatan
        luar daerah. Dengan infrastruktur sedia ada,
        kawasan  liputan  operasi  Hospital  Duchess  of
        Kent,  Sandakan  meliputi  seluruh  bahagian
        Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid.
        Seiring dengan pertambahan penduduk dan
        keperluan     perkhidmatan      kesihatan     yang
        berkualiti, beberapa cadangan projek-projek
        pembangunan  telah  dirancang  dan  akan
        dilaksanakan di HDOK Sandakan.






























          21 E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019
   19   20   21   22   23   24   25