Page 18 - Julai 2019
P. 18

Program Run For Fit, Hospital Sik, Kedah




                 ada  27  Julai  2019,  YB  Datuk  Seri  Dr.
                 Dzulkefly  Ahmad, Menteri Kesihatan
                 Malaysia telah merasmikan Program
       P Run For Fit  di perkarangan Hospital
        Sik, Kedah. Dalam program tersebut beliau
        juga turut mengambil kesempatan mengadakan
        lawatan kerja ke Hospital Sik, Kedah selain
        diberikan taklimat dengan melawat wad-wad dan
        beramah mesra dengan warga kerja hospital.
        Turut  hadir  sama  YBhg.  Dato’  Dr.  Ismail  bin
        Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,
        Pembangunan Luar Bandar, Agama & Syarikat
        Berkaitan  Kerajaan  Negeri  Kedah dan  YBrs.
        Dr.  Anita binti  Ahmat, Pengarah Hospital Sik.
        Dalam pada itu, tujuan penganjuran program ini
        diadakan bagi meningkatkan kesedaran orang
        awam  berkaitan kerintangan antibiotik  dan
        keperluan untuk menggunakan antibiotik secara
        wajar serta program ini juga bertujuan untuk
        memberi pendedahan dan kefahaman kepada
        masyarakat tentang palliative care dan sebagai
        medium untuk mengumpul dana bagi tabung
        pesakit paliatif. Selain itu, program ini juga telah
        menggabungkan  aktiviti Program  Marathon  dan
        Derma Darah yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti
        Sik bagi membantu Hospital Sik mengumpul tabung
        darah melalui booth derma darah yang disediakan
        dengan mensasarkan seramai 300 orang penderma
        darah.










          15 E-BULETIN KKM EDISi JUlai 2019
   13   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23