Page 8 - E Buletin Dis 2019
P. 8

Pelancaran Mental Health Handbook







                  B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  merasmikan  “Launching  Of  Mental
        YHealth Handbook” di Hotel Sheraton
        PJ pada 3 Disember 2019. Pelancaran buku
        ini bertujuan untuk membolehkan rakyat
        Malaysia mengenali tanda-tanda masalah
        kesihatan mental serta mendapatkan bantuan
        profesional di peringkat awal. Penganjuran
        program tersebut merupakan kerjasama antara
        Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Persatuan
        Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) dan Pfizer
        Malaysia.  Tinjauan  Kesihatan  dan  Morbiditi
        Kebangsaan melaporkan bahawa keinginan
        untuk membunuh diri dalam kalangan remaja
        berumur 13 hingga 17 tahun telah meningkat
        dari 7.9 peratus pada tahun 2012 kepada 10
        peratus pada 2017. Manakala pelbagai kajian
        telah dibuat dalam mengenal pasti reaksi
        orang awam mengenainya dalam menangani
        masalah kesihatan mental. Berdasarkan kajian
        penyelidikan 2019 yang dijalankan oleh MPA,
        kira-kira separuh daripada responden (50.7%)
        lebih gemar bercakap dengan rakan mengenai
        masalah kesihatan mental mereka, sementara
        carian internet  adalah pilihan kedua. Dalam
        kalangan  belia,  lebih  daripada  separuh  (65%)
        daripada mereka yang ditinjau juga menyatakan
        wujud kemungkinan penggunaan aplikasi
        telefon pintar untuk mendapatkan maklumat
        tentang kesihatan mental.












          05 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13