Page 16 - E Buletin Dis 2019
P. 16

Hari Inovasi KKM 2019



                  B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly  Ahmad,
                  Menteri Kesihatan Malaysia telah
                  merasmikan  sambutan  Hari  Inovasi
        YKKM 2019 yang diadakan pada
        9 Disember 2019. Majlis ini diadakan bagi
        memberikan  pengiktirafan  kepada  kejayaan
        hasil inovasi warga Kementerian Kesihatan
        Malaysia dalam pertandingan Anugerah Inovasi
        KKM, Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif
        (KIK) KKM, Konvensyen Quality Assurance (QA)
        KKM serta Anugerah Khas Inovasi KKM. Selain
        itu, KKM turut memenangi The Design Thinking
        For Public Sector  Awards (DTAMs) 2019
        menerusi dua kategori iaitu, Kategori  People
        Centric Award - Projek Carta Inovasi yang
        direka  khas  untuk  memudahkan  ujian  tahap
        penglihatan kanak-kanak dilakukan semasa
        saringan penglihatan di Klinik Kesihatan; dan
        Kategori Future Forward Award - Projek MoSCO
        yang merupakan penapis bagi mengasingkan
        sampel kahak dan air liur bagi pendiagnosan
        penyakit tibi dan paru-paru. Ucapan setinggi
        penghargaan dan syabas oleh  YBMK kepada
        para pemenang anugerah-anugerah tersebut
        dalam  memartabatkan  hasil  inovasi  ke  dalam
        perkhidmatan awam.







          13 E-BULETIN KKM EDISi DISEMBER 2019
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20