Page 23 - e-Buletin Oktober 2018
P. 23

National Regulatory


                                                          Conference 2018





                                                                 B  Datuk  Seri  Dr.  Dzulkefly Ahmad,  Menteri
                                                                 Kesihatan  (YBMK) telah menyempurnakan
                                                                 National    Regulatory     Conference      2018
                                                       Yyang diadakan  di Hotel Royale Chulan,
                                                       Mutiara Damansara  pada 20 Oktober 2018.    Turut
                                                       hadir bersama adalah YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham
                                                       Abdullah,  Ketua Pengarah  Kesihatan  dan  YBrs. Dr.
                                                       Ramli Zainal, Pengerusi Jawatankuasa  NRC 2018.
                                                       Program ini adalah  anjuran Bahagian  Regulatori
                                                       Farmasi Negara (NPRA) dengan kerjasama Malaysia
                                                       Pharmaceutical Society. Antara lainya, NRC 2018 telah
                                                       menyediakan platform untuk membincangkan cabaran
                                                       yang dihadapi dalam bidang regulatori yang seterusnya
                                                       menerokai cara penyelesaian terbaik melalui interaksi
                                                       yang melibatkan peserta dari bidang regulatori, industri,
                                                       penyelidik,  ahli akademik dan pengamal  perubatan.
                                                       Objektif utama persidangan ini diadakan adalah untuk,
                                                       mempromosikan  dan  memupuk  kecemerlangan
                                                       dalam regulatori demi mengukuhkan  kerjasama  dan
                                                       perkongsian  pintar dalam kalangan  pemegang  taruh
                                                       dan menyebarkan maklumat mengenai perkembangan
                                                       terkini dan cabaran dalam bidang  regulatori  yang
                                                       sentiasa berkembang.













                                                                                               E-BULETIN KKM EDISi OKTOBER 2018   20
   18   19   20   21   22   23   24   25   26