Page 5 - e-Buletin November 2018
P. 5

FOOD SAFETY &


        TECHNOLOGY SUMMIT


        APAC 2018


                  B Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri
                  Kesihatan Malaysia telah merasmikan
                  Food  Safety  &  Technology  Summit
        YAPAC pada 13 November 2018 di Hilton
        Hotel, Kuala Lumpur. Kini, pihak terlibat dalam
        industri makanan perlu bersedia untuk memenuhi
        piawaian yang tinggi dalam mematuhi audit yang
        ditetapkan  oleh  Bahagian  Keselamatan  dan
        Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan.
        KKM juga menggalakkan penyediaan makanan
        yang selamat dan sihat oleh premis makanan
        menerusi kempen “Bersih, Selamat dan Sihat”
        menerusi penganugerahan sijil BeSS. Sejak tahun
        2001, Kerajaan telah memperkenalkan sistem
        HACCP dalam industri makanan yang  meliputi
        aktiviti pensijilan dan pengawasan sistem dengan
        memberikan pengiktirafan rasmi kepada premis
        makanan yang telah melaksanakan sistem HACCP
        secara berkesan selaras dengan trend global dalam
        keselamatan makanan. Matlamat utama skim ini
        adalah untuk meningkatkan pengeluaran makanan
        yang selamat dan mempromosikan penerimaan
        makanan di pasaran domestik dan antarabangsa.





                                                                                               E-BULETIN KKM EDISi NOVEMBER 2018   02
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10