Fungsi dan Peranan
Selaras dengan perubahan budaya hidup masyarakat ke arah modenisasi dan keperluan tanggungjawab kesihatan dalam kalangan masyarakat, Bulan Malaysia Sihat Sejahtera menekankan peralihan fokus tanggungjawab perubatan kepada tanggungjawab tingkah laku kesihatan dengan pendekatan seluruh negara di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 11 November 2021.
Amalan-amalan seperti aktiviti fizikal, makan secara sihat, pengurusan berat badan, minda sihat, tidak merokok, tidak mengambil minumam berakohol, penjagaan persekitaran sihat & bersih serta kawalan kesihatan kendiri merupakan asas penting bagi sistem kesihatan negara yang menyokong dan membantu Keluarga Malaysia untuk #sihatsepanjanghayat.
Kemaskini pada 2022-11-03 12:16:28 daripada HECC