Berita ANMS
MAJLIS PELANCARAN BULAN MALAYSIA SIHAT SEJAHTERA DAN PELEPASAN KEMBARA SEKOLAH 2023
8 September 2023
Majlis Pelancaran Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Dan Pelepasan Kembara Sekolah 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat
di Bulatan Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kompleks E, Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Lukanisman
bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan bersama Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pendidikan.
Bulan Malaysia Sihat Sejahtera disambut di seluruh negara dengan membawa mesej pembudayaan hidup sihat dalam merealisasikan
hasrat kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan antaranya Hip Hop Cardio, pengisian ilmu-ilmu kesihatan dan kesejahteraan semasa pocket talk
serta pelbagai aktiviti interaktif yang disediakan di Zon Ceria, Zon Aktif, Zon Relaks, Zon sihat dan Wellness on Wheels.
Sambutan majlis ini telah dihadiri oleh 1,500 pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
PROGRAM MADANI AFIAT
PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES 2.0
26 Ogos 2023
Program Madani Afiat anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mendapat sambutan positif masyarakat, agensi-agensi kerajaan,
swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Di Johor sejumlah 23 agensi terlibat dalam sesi kali ini. Salah satu pengisian kali ini ialah
Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 2.0 Peringkat Kebangsaan dengan melibatkan sukarelawan MyCHAMPION COMBI, anggota agensi kerajaan,
swasta dan komuniti setempat. Antara lokasi terlibat ialah :
Taman Waja : Jalan Perkasa 1, 2 dan 3
Jalan Seri Kemawan 1, 2 dan 3
Jalan Nuri 1, 2 dan 3
Jalan Kasih - Sayang - Manja
Jalan Jelawat - Sepat - Kaloi - Toman
Program Gotong - Royong Mega Perangi Aedes 2.0 ini bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi.
#ANMS #sihatmilikku #OneHourMalaysiaCleanUp
WELLNESS INFLUENCER NETWORK MASTERCLASS
26 Ogos 2023
Wellness Influencer Network Masterclass telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Simply Glam Hall, Third Avenue, Cyberjaya.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Acara dimeriahkan lagi dengan sesi perkongsian oleh pengacara TV, content creator dan Youtuber terkenal, Hazeman Huzir. Massterclass ini telah
dihadiri oleh 49 pempengaruh dari pelbagai platform media sosial.
HIMPUNAN VIRTUAL HePiLi 2023
MENCIPTA MALAYSIA BOOK OF RECORDS BAGI
"PENYERTAAN TERBESAR ACARA X-BREAK SECARA VIRTUAL"
23 Ogos 2023
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah menerima
Sijil Pengiktirafan Malaysia Book Of Records 'Penyertaan Terbesar Dalam Acara X-Break Secara Virtual' di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pengiktirafan ini diterima melalui penganjuran X-Break Mega bersama warga institusi pendidikan terbesar secara virtual yang telah berlangsung semasa
Himpunan Virtual Hepili - Kami Nak Hidup Sihat pada 6 Julai 2023.
Seramai 1,005,023 warga institusi pendidikan telah melakukan X-Break secara serentak melibatkan prasekolah / tabika, sekolah rendah,
sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi seluruh negara. Penyertaan terbesar ini juga telah mengiktiraf KKM sebagai
pemegang rekod kebangsaan dan terbesar melaksanakan X-Break secara serentak di Malaysia.
X-Break atau aktiviti regangan ringkas merupakan salah satu inisiatif bagi mengelak budaya sedentari selain meningkatkan imuniti badan generasi muda.
Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembudayaan hidup sihat kepada semua kumpulan sasar terutama
murid sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi di samping mengekalkan momentum pelaksanaan inisiatif promosi kesihatan di semua institusi pendidikan
seluruh negara.
Agenda Nasional Malaysia Sihat
#sihatsepanjanghayat
WELLNESS ON WHEEL @SANTAI KOMUNITI MPPSZ3
16 Julai 2023
Wellness on Wheel (WoW), Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah ke lapangan dengan menyertai
program Santai Komuniti MPPSZ3 di Laman Ixora P8E, Presint 8, Putrajaya pada 16 Julai 2023. Program ini merupakan salah satu
inisiatif di bawah Teras 4, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Kebersihan Persekitaran.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya gotong-royong, aktiviti interaktif WoW seperti Cari dan Musnah, saringan
kesihatan, pertandingan mewarna kanak-kanak, jualan rahmah makanan dan sayuran dan bengkel pembuatan sabun basuh minyak
masak terpakai.
MESYUARAT PERLUASAN SKOP AKTIVITI MYCHAMPION UNTUK PENYELARAS CHAMPION
PERINGKAT NEGERI DAN BAHAGIAN SARAWAK
11 - 13 Julai 2023
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah melaksanakan mesyuarat ini sealama tiga hari bagi membincangkan
pelbagai isu termasuk tadbir urus program MyCHAMPION di Sarawak, peranan dan tanggungjawab sukarelawan MyCHAMPION , perbelanjaan
dan peruntukan serta insentif sukarelawan MyCHAMPION.
Seramai 55 orang penyelaras negeri dan bahagian Sarawak telah hadir ke mesyuarat yang diadakan di Meritz Hotel, Miri, Sarawak.
Inisiatif MyCHAMPION merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 3, Pelan Strategik Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu
Kawalan Kesihatan Kendiri.
MAJLIS PELANCARAN MADANI AFIAT GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES
& ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP PERINGKAT KEBANGSAAN 2023
9 Julai 2023
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan bersama YAB Dato' Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor telah menyempurnakan
Majlis Pelancaran Madani Afiat, Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Kebangsaan 2023
pada 9 Julai 2023 bertempat di Dewan Rakyat Batu Caves, Gombak, Selangor.
Program Madani Afiat merupakan antara usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakyatkan perkhidmatan KKM kepada rakyat.
Objektif Madani Afiat antaranya mendekati dan menyantuni masyarakat secara langsung bersama pemimpin dengan mempromosikan
budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit serta meningkatkan kesedaran penjagaan kesihatan masyarakat dalam mencegah
peningkatan penyakit tidak berjangkit / Non-Communicable Diseases (NCD).
Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes 1.0 pula merupakan inisiatif KKM yang diadakan dua (2) kali setahun bersama pelbagai agensi
dan komuniti dalam menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Program ini dilaksanakan di semua negeri dengan memberi tumpuan
kepada lokaliti wabak denggi atau kawasan berisiko tinggi pembiakan nyamuk Aedes.
Sementara itu, Inisiatif One Hour Malaysia Clean Up merupakan tindakan bersepadu dalam menggerakkan masyarakat untuk mengadakan
aktiviti kebersihan persekitaran secara berkala pada setiap HARI SABTU MINGGU KEEMPAT SETIAP BULAN. Inisiatif ini bertujuan mengurangkan
beban penyakit yang berkaitan dengan kebersihan persekitaran dalam kalangan masyarakat melalui jalinan kerjasama antara sektor kerajaan,
swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan memfokuskan kepada aktiviti gotong-royong, kitar semula, pendidikan kesihatan berkaitan
kebersihan persekitaran yang dilaksanakan di kawasan komuniti dengan penglibatan semua penduduk atau komuniti mengikut setting terutamanya
di kawasan perumahan, tempat kerja dan institusi pendidikan. Aktiviti seumpama ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 4, Pelan Strategik
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Memantapkan Kebersihan Persekitaran.
PROGRAM GERAK RAHMAH 2023: JOM BERSIH DAN INDAH
PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
24 Jun 2023
Program Gerak Rahmah 2023: Jom Bersih dan Indah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diadakan pada 24 Jun 2023 di
Perumahan Penjawat Awam P15-12A, Presint 15.
Pasukan Wellness on Wheel (WoW), Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM turut menyertai program ini. Pelbagai aktiviti menarik
diadakan seperti treasure hunt, walk about, gotong-royong dan majlis tanam pokok.
Sama-samalah kita pelihara kebersihan persekitaran dalam melestarikan kesihatan dan kesejahteraan komuniti.
LAWATAN YB DR. ZALIHA MUSTAFA, MENTERI KESIHATAN
KE BAHAGIAN PENDIDIKAN KESIHATAN,KKM
22 Jun 2023
YB Dr. Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah melaksanakan lawatan ke Bahagian Pendidikan Kesihatan , KKM pada 22 Jun 2023 di
Blok E10, Kompleks Kerajaan, Putrajaya. Lawatan ini diadakan bertujuan untuk menerangkan fungsi, peranan dan perkhidmatan yang
disediakan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK) kepada YB Menteri Kesihatan.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan adalah sesi rakaman video dan audio bersama YB Menteri Kesihatan di BPK, Taklimat ANMS,
Lawatan ke Gymnasium KKM dan sesi ramah mesra bersama anggota BPK , KKM.
Diharap dengan lawatan ini, YB Menteri Kesihatan dapat memperkukuhkan lagi promosi kesihatan dapat demi kesihatan dan
kesejahteraan rakyat Malaysia.
MESYUARAT PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DAN PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS
BAGI PROGRAM EKSPRESI ANAK REMAJA LESTARI (PEARL)
14 - 16 Jun 2023
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan Universiti Malaysia Sarawak
(UNIMAS) telah menganjurkan Mesyuarat Pembangunan Garis Panduan Pelaksanaan dan Perbincangan Kumpulan Fokus bagi
Program Ekspresi Anak Remaja Lestari (PEARL) pada 14-16 Jun 2023 bertempat di Lexis Port Dickson. Mesyuarat ini diadakan bagi
mendapatkan input dan maklum balas berkenaan aktiviti yang dicadangkan berdasarkan domain yang terkandung di dalam draf modul
program ini selain membangunkan draf garis panduan pelaksanaan program agar dapat digunakan kepada kumpulan sasar iaitu murid
Tingkatan 1. Seramai 45 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri
terlibat di dalam mesyuarat ini sebagai salah satu aktiviti bagi fasa kedua Program PEARL ini bagi mencapai aspirasi
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) ke arah pembudayaan hidup sihat.
MESYUARAT PERLUASAN SKOP AKTIVITI MyCHAMPION UNTUK PENYELARAS MyCHAMPION
PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH BAGI PERAK, KEDAH DAN PERLIS
3 Mei 2023
Mesyuarat Perluasan Skop Aktiviti MyCHAMPION untuk Penyelaras MyCHAMPION Peringkat Negeri dan Daerah
bagi Perak, Kedah dan Perlis telah diadakan bertujuan menambah baik latihan yang diberikan kepada penyelaras
MyCHAMPION . Seramai 35 orang penyelaras MyCHAMPION telah menghadiri mesyuarat ini.
Usaha ini untuk memperkukuhkan pelaksanaan inisiatif Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) pada peringkat komuniti
melalui bina upaya dalam kawalan kesihatan kendiri. Diharapkan melalui sesi Training of Trainers (TOT) ini sukarelawan
dan ejen kesihatan dapat berperanan sebagai penggerak dan advokator dalam kalangan komuniti.
Majlis Pelancaran Sitkom ANMS - AUSSH!
3 Mei 2023
YB Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan telah melancarkan
Program TV Sitkom Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - AUSSH!
di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 3 Mei 2023.
ANMS adalah salah satu pendekatan KKM bagi memastikan rakyat
mendapat perkhidmatan kesihatan serta intervensi yang komprehensif
dalam pembudayaan hidup sihat dan kelestarian kebersihan persekitaran.
KKM telah melaksanakan pelbagai aktiviti promosi dan pendidikan kesihatan
melalui Teras 1 ANMS iaitu Memantapkan Promosi Pembudayaan Hidup Sihat.
Salah satu inisiatif ANMS yang digunakan adalah dengan menggunakan jurucakap
dalam kalangan selebriti bagi menyampaikan mesej kesihatan melalui
Program TV Sitkom ANMS - AUSSH!.
Sitkom lapan (8) episod ANMS - AUSSH! berdurasi 30 minit ini akan mula ditayangkan di saluran RTM,
TV1 pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 8 hingga 18 Mei 2023, jam 10.30 malam.
Antara barisan pelakon yang terlibat termasuk Liza Abdullah, Nadia Mustafar,
Acong Sweetchild, Roy Azman, Jasmin Hamid, Bell Ngasri dan Marissa Yasmin.
Sidang Media Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet ANMS
29 Mac 2023
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS)
Semua ahli Dewan Rakyat sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang perlu menjalani
pemeriksaan kesihatan setahun sekali bermula pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang Mei ini.
Perasmian Wellness Hub Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
19 Februari 2023
Diharapkan rakyat Malaysia, khususnya komuniti Johor Bahru lebih peka dan prihatin terhadap kesihatan sendiri.
Wellness Hub, HSA adalah Wellness Hub pertama dan merupakan One Stop Centre bagi menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti setempat. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Wellness Hub
tertumpu kepada pembinaan kemahiran (skill oriented) melalui intervensi pembudayaan hidup sihat.
Program ini merupakan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti syarikat swasta, pemimpin, persatuan dan komuniti setempat.
KKM telah menyediakan sebanyak 31 Wellness Hub yang sedang beroperasi sepenuhnya di bandar dan luar bandar seluruh Malaysia.
Program Wellness Hub tersebut merupakan salah satu cara bagi merealisasikan hasrat KKM untuk mewujudkan
rakyat Malaysia Madani yang peka dan prihatin terhadap kesihatan.
Sitkom ANMS - AUSSH!
|
|
|||||||||||||
Bella, Sindu dan Alvin berkempen Speak Out, yang merupakan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia mengadvokasikan rakyat untuk menegur perokok yang merokok di sekeliling mereka. Budiman, adik kepada Kak Nana bercadang meminjam duit dengan Kak Nana, tetapi tidak dilayan oleh Kak Nana yang tahu perangai sebenar adiknya itu. | Kak Nana berang apabila melihat kafenya di sabotaj dengan longgokan sampah dan serangga perosak. Kak Nana dan yang lain membuat perancangan untuk memerangkap siapakah dalang yang bertanggungjawab atas semua tindakan itu. Sementara itu, Sazali dan Maz pening kepala memikirkan di mana untuk sambut ulang tahun perkahwinan mereka. | |||||||||||||
|
|
|||||||||||||
Sazali bertemu dengan Abang Jay, kawan lama yang sudah lama tak jumpa. Abang Jay menasihatinya supaya melawan fobia untuk menjalani saringan kesihatan sebelum terlambat. Sementara itu, kehadiran semula Abang Jay telah membangkitkan semula bibit-bibit percintaan antara Abang Jay dan Kak Nana.
|
Rashid, seorang usahawan yang berjaya berkongsi pengalaman dengan Bella, Alvin dan Sindu tentang Konsep Take 5 iaitu Aktifkan Diri, Syukur, Teroka Minat, Kekal Berhubung dan Beri. Pada masa yang sama Kak Nana berasa bimbang apabila seorang pemuda bernama Tommy mengaku telah jatuh cinta pada Kak Nana yang digelarnya sebagai Isabella!
|
|||||||||||||
AUSSH! Episod 5 - Kak Long Zombi |
AUSSH! Episod 6 - Kaki Temberang | |||||||||||||
Sazali merasakan badannya agak 'lemau' tetapi baru sahaja hendak bersenam di luar tiba-tiba hujan lebat dan terpaksalah mereka tunggu seketika. Bella tiba-tiba mendapat idea dan mengajak mama dan papanya untuk bersenam di dalam rumah. Kak Long, kakak kepada Sazali kemudiannya datang dan telah menghuru-harakan lagi keadaan.
|
|
Keluarga Sazali sibuk ingin membuat video untuk menjelaskan kepada orang ramai betapa pentingnya mengamalkan pemakanan sihat dan selamat.
|
||||||||||||
AUSSH! Episod 7 - Denggi yang Dengki | AUSSH! Episod 8 - 10,000 Langkah (Episod Akhir) | |||||||||||||
Sazali panik apabila mendapat tahu beberapa orang jirannya telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Kemudian muncul seorang lelaki bernama Wahid yang mengambil kesempatan dengan menjual pelbagai gajet yang kononnya boleh menghapuskan nyamuk Aedes.
|
Sazali dan isterinya, Mazlina menganjurkan senaman berjalan kaki sebagi rutinseharian (matlamat berjalan 10 ribu langkah sehari) di kawaan kejiranan. KEmudian muncul seorang wanita bernama Miss Jibun yang sebenarnya merupakan seorang 'scammer'. Mujurlah Sazali dan Mazlina berjaya mengesan kegiatan jahat Miss Jibun.
|
|||||||||||||
Aktiviti ANMS

Kemaskini pada 2023-09-11 12:45:56 daripada HECC