03 / 07 / 24 | 2:21 am

Header

Piagam Pelanggan

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN PENGURUSAN LATIHAN, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

1. Unjuran keperluan dan bekalan sumber manusia kesihatan akan disediakan pada bulan Jun setiap tahun;

2. Laporan Program Kepastian Kualiti (QAP) bagi Insitut Latihan KKM (ILKKM) akan disediakan pada bulan Mac dan September setiap tahun;

3. Setiap kajian semula kurikulum akan disiapkan dalam tempoh 6 bulan jika maklumat daripada semua ILKKM lengkap;

4. Tawaran kepada calon latihan Anggota Kesihatan Sains Bersekutu akan diedarkan tidak lewat dari 14 hari sebelum kursus bermula;

5. Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Sarjana Perubatan akan diedarkan kepada calon yang berjaya sebelum 15 Mei setiap tahun;

6. Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan bagi mengikuti Sarjana / PHD (lain-lain perkhidmatan) akan diedarkan kepada calon berjaya dalam tempoh 30 hari selepas selesai urusan temuduga;

7. Bayaran pendahuluan diri dan lain-lain bayaran untuk menghadiri kursus jangka pendek luar negara akan dibuat dalam tempoh 30 hari selepas permohonan lengkap diterima;

8. Keputusan peperiksaan latihan basik akan diumumkan kepada pelatih dalam tempoh 2 minggu selepas tamat peperiksaan;

9. Keputusan rayuan peperiksaan akan dimaklumkan kepada pelatih dalam tempoh 21 hari selepas tamat tempoh rayuan; dan

10. Bayaran biasiswa pelatih latihan pra perkhidmatan akan dibuat oleh ILKKM dalam tempoh 2 bulan selepas dokumen perjanjian yang lengkap diterima.


Kemaskini pada 2023-05-26 10:56:05 daripada Admin BPL

  •  
  • Print
  • Email this page