PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
4 JANUARI 2022
Tuan/Puan Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Urusetia JDPKK memohon kerjasama Bahagian/ Institusi/ Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kementerian Kesihatan (JDPKK) agar menghantar kertas kerja berkenaan kepada Urusetia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas Kerja terkini boleh dimuat turun (download) dari pautan berikut:
i. Terma Rujukan JDPKK
ii. Format Kertas kerja JDPKK
4. Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 30 Januari 2022 (Ahad). Takwim mesyuarat JDPKK akan datang adalah pada 24 Februari 2022 (Khamis). Walau bagaimanapun mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
5. Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK boleh dikemukakan melalui emel urusetia.jdpkk@moh.gov.my atau hubungi pegawai berikut:
i. Dr. Siti Aisyah binti Ismail, Tel: 03 – 8883 2082
ii. Dr Asma binti Ahmad Khalid, Tel: 03 – 8883 2101
iii. KJ Nik Anita binti Nik Ngah, Tel: 03 – 8883 2137
6. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan berhubung perkara ini amat dihargai Sekian terima kasih.
URUSETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
Kemaskini pada 2022-01-17 14:28:20 daripada UKK Yuzafi