KOSPEN WOW - Skop Amalan Pemakanan Sihat

 

 amalan pemakanan sihat kospen plus    Amalan pemakanan yang sihat merupakan elemen yang sangapenting bagi membentuk badan yang sihat dan minda yang cerdas. Penjagaan pemakanan yang sihat iaitu makanan/ minuman yang rendah lemak, gula dan garam serta tinggi serat mampu menjadikan seseorang individu bebas dari sebarang penyakit berbahaya terutamanya penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan kardiovaskular.

Kawalan kuantiti dan kualiti makanan yang diambil di tempat kerja banyak mempengaruhi status pemakanan kerana hampir separuh dari masa harian adalah dihabiskan di tempat kerja. Persekitaran yang menyokong ke arah makan secara sihat di tempat kerja akan membantu memperbaiki status kesihatan.

Terdapat dua aktiviti utama dalam Skop Amalan Pemakanan Sihat iaitu;

  1. Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
  2. Kafeteria Sihat

 

Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)

Berikut merupakan komponen penilaian PHSSM:

i.          Pelabelan kandungan kalori bagi setiap makanan dan minuman yang dihidang.

ii.         Menghidangkan buah-buahan

iii.        Menghidangkan sekurang-kurangnya 1 jenis sayur pada waktu makan utama.

iv.        Mengasingkan gula dan susu untuk minuman panas.

v.         Menyediakan air kosong

 

Kafeteria Sihat 

    Kafeteria Sihat menggunakan konsep kerjasama pintar di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengusaha makanan. Majikan digalakkan untuk memperolehi pengiktirafan Kafeteria Sihat di tempat kerja. Ini penting bagi memastikan penyediaan makanan yang berkhasiat dengan pilihan yang lebih sihat.

Kafeteria Sihat berkonsepkan :

  • Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan makanan yang berkhasiat, bersih dan selamat, berasaskan prinsip makan secara sihat
  • Sebagai tempat bagi promosi dan latihan pemakanan yang menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembelajaran secara “participative” dan “hands-on”

 

Pelaksanaan konsep pemakanan sihat di tempat kerja bagi tempat kerja yang tidak mempunyai kafeteria

Bagi setting yang tidak mempunyai kafeteria di tempat kerja, mereka masih boleh melaksanakan konsep pemakanan sihat kepada pekerja dengan mempromosikan konsep Pinggan Sihat Malaysia ‘Suku-suku Separuh’.

  suku2separuh  

 

    Cadangan kepada pihak majikan untuk melaksanakan konsep Pinggan Sihat Malaysia adalah dengan menyediakan makanan sihat berbungkus (Healthy Pack Meal) kepada pekerja. Makanan berbungkus berkenaan hendaklah disediakan berdasarkan kalori yang disarankan dengan saiz makanan mengikut konsep Suku-suku Separuh.

 


Kemaskini pada 2022-01-10 11:11:03 daripada kospenp_admin

  •  
  • Print
  • Email this page