MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

Print
Tajuk Let Consumers Understand The Reality Probably Will Expose “Rubbish Pork” From China
Penerangan

 JATA.gif

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

LET CONSUMERS UNDERSTAND THE REALITY PROBABLY WILL EXPOSE “RUBBISH PORK” FROM CHINA


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan berhubung perkara di atas yang disiarkan di dalam akhbar Sin Chew Daily pada 22 Oktober 2010. Laporan tersebut adalah mengenai aduan pengguna kepada The Pig Unit Chairman, Federation of Livestock Farmer’s Association of Malaysia berkaitan harga daging khinzir yang diimport lebih murah berbanding keluaran tempatan.

Melalui data daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), dari 1 Januari hingga 22 Oktober 2010 sebanyak 5,812.4 metrik tan daging khinzir dengan nilai RM 35,058,157.84 telah diimport ke negara ini dari pelbagai negara seperti Australia, Belgium, Canada, Denmark, Netherlands, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Italy, Jerman, Taiwan, China dan Finland.

Sebarang pengimportan daging khinzir ke negara ini adalah selamat kerana pemantauan berterusan dilaksanakan melalui sistem FoSIM di pintu masuk dan di peringkat domestik oleh pihak KKM. Disamping itu, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian danI ndustri Asas Tani (MOA) juga mengawal pengeluaran permit pengimportan kepada negara pengeksport.


Pada tahun 2009 sehingga Julai 2010, sebanyak 629 sampel daging khinzir telah diambil dan dianalisa bagi penyalahgunaan beta-agonist. Hasil keputusan menunjukkan, 38 sampel daging khinzir yang diimport dan 591 daging khinzir tempatan adalah tidak melanggar.


KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan di pasaran tempatan dan setiap pintu masuk negara, KKM memberi jaminan kepada penduduk Malaysia bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan yang masuk ke negara ini adalah pada tahap yang terkawal.


DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA


22 Oktober 2010

Ditambah pada 22-10-2010 04:00:00

Lampiran-lampiran