Tajuk | Pencapaian Tindakan Penguatkuasaan Dan Perundangan Di Bawah Undang-Undang Kesihatan Awam Bagi Bulan Mei 2011 |
---|---|
Penerangan |
KENYATAAN AKHBAR KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
PENCAPAIAN TINDAKAN PENGUATKUASAAN DAN PERUNDANGAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG KESIHATAN AWAM BAGI BULAN MEI, 2011. ________________________________________________________
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan untuk kesejahteraan penduduk Malaysia, dan ini termasuklah mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam untuk kepentingan kesihatan awam.
Bagi bulan Mei, 2011 kami ingin memaklumkan hasil dan tindakan penguatkuasaan kesihatan awam.
1). Melalui tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 bagi tujuan kawalan wabak denggi, sejumlah 1,135 kompaun yang bernilai RM 549,600.00 telah dikeluarkan dengan purata RM484.20 tiap kompaun. Sejumlah 196 kes telah didaftar untuk tindakan mahkamah di dalam masa yang sama 45 kes telah diselesaikan oleh mahkamah dimana sejumlah RM17,300.00 denda dikenakan, iaitu purata dengan RM384.50 tiap denda.
2). Melalui penguatkuasaan kawalan hasil tembakau (PPKHT 2004) daripada 5,178 lawatan pemeriksaan, sejumlah 1,189 kompaun bernilai RM 229,950.00 dikeluarkan dengan nilai purata RM193.30 tiap kompaun.
Adalah dimaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan adalah pilihan terakhir yang diambil oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Orang ramai, serta semua pihak adalah diminta untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing agar keberkesanan perlaksanaan aktiviti kesihatan mencapai tahap optimum.
Sekian dan terima kasih.
DATO’ DR. HASAN BIN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Jun 2011 |
Ditambah pada | 28-06-2011 04:00:00 |