Tajuk Hati Kering -
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 23-10-2015
Kategori Aduan Akhbar
Dikeluarkan Oleh Dr. Ding Lay Ming -Pengarah Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Maklum Balas Laporan akhbar dalam ruangan Metroplus mengebnai sikap pengunjung dan pesakit yang merokok dikawasan hospital adalah berkaitan. Pihak hospital berterima kasih dan telah ambil maklum mengenai isu yang telah dibangkitkan. Untuk makluman, aktiviti penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 sememangnya dilaksanakan oleh peguatkuasa kesihatan hospital ini. Pihak hospital juga turut menjalankan penguatkuasaan dengan mendapatkan kerjasama daripada Pejabat-pejabat Kesihatan Daerah melalui Program Operasi Bersepadu. Sepanjang tahun 2015, 17 operasi penguatkuasaan telah dijalankan dan sebanyak 103 notis kesalahan dibawah peraturan 32B, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dikeluarkan. Pihak Hospital akan bekerjasama dengan unit Penguatkuasaan dan Inspektorat Bahagian Kesihatan Awam untuk meningkatkan lagi pemantauan dan member pendidikan berterusan kepada pengunjung hospital akan bahaya asap rokok kepada semua pihak. Selain itu bilangan papan tanda larangan merokok juga turut ditambah bagi memupuk kesedaran mengenai bilangan kesalahan merokok di dalam kawasan hospital