Tajuk Penderma Darah Meninggal Dunia Selepas Menderma Darah
Akhbar Akhbar Tamil Nesan
Tarikh Siaran 17-01-2014
Kategori ADUAN AKHBAR
Dikeluarkan Oleh DR. Hj Rahimi Bin Goon Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan )
Maklum Balas Untuk makluman tuan, pihak jabatan telah mengambil maklum akan perkara ini iaitu kematian mendiang saravanan a/l muniady yang telah meninggal dunia pada 17 Januari 2014 (Jumaat) selepas menderma darah .Siasatan awal telah pun dijalankan bagi menyiasat akan perkara ini. Sebab kematian hanya akan diketahui selepas mendapat laporan penuh bedah siasat ,histopatologi dan toksikologi yang diambil daripada mendiang.