Print
Tajuk TERPERANGKAP DALAM LIF HRPB
Akhbar Sinar Harian
Tarikh Siaran 16-05-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh
Maklum Balas Hasil siasatan mendapati bahawa kakitangan perkhidmatan sokongan hospital (Faber Mediserve) telah mengambil tindakan segera selepas menerima panggilan loceng kecemasan dari lif nombor empat. Namun, pintu lif tidak dapat dibuka kerana terdapat kerosakan pada mekanisma mekanikal 'Coupler Actuator' dan 'Coulper Nylon Roller' yang memerlukan kakitangan kompetan dari pihak pembekal lif untuk membuka pintu lif tersebut. Pihak hospital telah menghubungi pihak pembekal dengan segera supaya menghantar kakitangan kompetan bagi membuka pintu lif tersebut. Wakil pihak pembekal telah tiba di lokasi pada jam 6.20 petang dan orang awam yang terperangkap berjaya dikeluarkan dengan selamat. Pihak hospital mendapati bahawa segala prosedur telah dipatuhi. Walau bagaimana pun kerosakan mekanikal adalah di luar jangkaan yang menyebabkan operasi membuka pintu lif mengambil masa yang lama. Sementara itu, pihak hospital telah membaiki kerosakan pada lif nombor empat dan membuat pemantauan secara berterusan untuk memastikan kejadian ini tidak berulang lagi.