Tajuk LAYANAN TIDAK MEMUASKAN
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 11-03-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh MOHDFAIZAL
Maklum Balas Siasatan terus dijalankan dengan menyemak semua nama-nama pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di Unit Kecemasan pada 8 dan 9hb Mac 2015. Daripada sejumlah 17 kanak-kanak yang menerima rawatan di unit kecemasan, 12 berjaya dihubungi. Kesemua waris pesakit yang berjaya dihubungi mengatakan tiada masalah dan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Kami juga ada menemubual beberapa pesakit dan waris pesakit yang berada di unit kecemasan pada waktu siasatan dibuat, dan kesemua mereka mengatakan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Selain itu, siasatan ke atas semua anggota termasuk Pegawai Perubatan menunujukkan tiada insiden ketidakpuasan hati berlaku sepanjang 2 hari sebelum ini.