Print
Tajuk RUANG MENUNGGU BILIK 33 SEMPIT
Akhbar Harian Metro
Tarikh Siaran 09-03-2015
Kategori Aduan akhbar
Dikeluarkan Oleh Y.BHG. DATUK DR. HJ. ZA'ABA BIN BABA opsn PENGARAH HOSPITAL MELAKA
Maklum Balas Hospital Melaka merujuk kepada aduan akhbar Harian Metro ruangan SMS bertarikh 9 Mac 2415 (lsnin), muka surat 25yang dibangkitkan oleh TERTIMBUS (1MC01575). Hospital Melaka mengucapkan terima kasih kepada pengadu di atas maklum balas yang diberikan mengenai mutu perkhidmatan di hospital ini. Untuk makluman, Bilik 33 merupakan bilik khas bagi prosedur pengambilan darah berpusat untuk Klinik-klinik Pakar Hospital Melaka. lanya beroperasi setiap hari bekerja (lsnin - Jumaat) bermula jam 7.00 pagi hingga jam 5.00 petang dan setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang tidak termasuk Cuti Umum. Bilik 33 menerima purata jumlah pesakit seramai250 orang pesakit setiap hari terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, ruang menunggu sedia ada didapati sempit untuk menampung kapasiti pesakit dan waris seramai 100 hingga 150 orang. Walaupun ruang menunggu tambahan telah dibina, namun ianya masih tidak dapat menampung jumlah pesakit dan waris yang ramai dalam tempoh satu-satu masa. Sehubungan itu, Hospital Melaka telah mengambiltindakan penambahbaikan dengan mengubah suai susun atur kerusi dan menempatkan lebihan kerusi di Iuar hadapan bilik 33 bagi memberi keselesaan kepada pelanggan di hospital ini. Pihak Hospital Melaka amat memandang berat dan peka dengan masalah yang dihadapi oleh pelanggan serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan yang disediakan.